BAJAU PALA'U | MENGEJAR POLIS MARIN | COVID-19 | SEMPORNA
Автор: HMJ
Загружено: 2020-10-22
Просмотров: 387778
PACIK LADJA MENYERAH DIRI DENGAN PASUKAN POLIS MARIN
Baru-baru ini tular satu video dari bot ronda Polis Marin RH47 di mana terdapat penduduk kawasan zone merah kluster bangau-bangau kg halo datang seorang lelaki menaiki sampan berdayung menghampiri bot Polis Marin yang melakukan operasi pemantauan OP BENTENG di perairan PKPD.
Rayuan pacik ladja merupakan rayuan sebahagian saudara-saudara di daerah Semporna yang menjalankan kehidupan sebagai nelayan yang tinggal di rumah² atas air tiada kemudahan jambatan untuk perhubungan dengan tanah besar semporna.
Pacik ladja juga menggunakan perahu yang sudah uzur dan dimasuki air laut di dalamnya semasa berdayung menghampiri bot polis Marin yang sedang bertugas membuat rondaan di kawasan PKPD.
Polis marin yang bertugas dengan segera bertindak terus merakam video permintaan dari pacik Ladja.
Alhamdulillah maklumat tersebut terus sampai ke wasap. Aku terus menghubungi adik My Tiong Nirma Majinji selaku Coordinator dari (Hugs Project) daerah semporna, merasa terharu dengan tindakan yang dibuat oleh pihak pasukan polis marin.
Dengan segera, My tiong mengatur bantuan untuk dihulur ke kawasan yang seperti dimaklumkan oleh pacik Ladja.
Lebih kurang jam 3 petang baru air pasang, Sampai disana pengagihan dibuat mengikut seperti apa yg dirancang. Pasukan Polis Marin bersama bot esscom serta dengan rasa tanggungjawab mengiringi pihak NGO untuk mengagihkan bantuan bagi mempastikan pembahagian berjalan lancar seterusnya menjaga keselamatan.
Pihak Hugs_Project dan seluruh gabungan NGO yang ada di semporna mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota Pasukan Polis Marin semporna yang telah menyampaikan informasi masalah kehidupan masyarakat yang terkesan akibat wabak covid-19 terutama masyarakat Bajau laut ( pala'u ) yang serba serbi ketinggalan dengan arus kemodenan informasi terkini.
Daripada informasi tersebutlah pihak NGO dapat melaksanakan tanggungjawab berkesan untuk membantu masyarakat yang amat memerlukan bantuan dan tidak tersasar daripada tujuan asal pihak NGO..
Ketahuilah
'POLIS & MASYARAKAT BERPISAH TIADA '
S T A Y H O M E | S T A Y S A F E
22OCT2020
2150HRS
#COVID-19
#PPM
#KlusterBangauBangau
#Hugs_Project
#iReachKasih
#SBWD
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: