Kemesraan Bella Astillah & Syed Saddiq di Majlis Pembukaan Supamala Hotpot Bangsar
Автор: backstagetv
Загружено: 2025-09-06
Просмотров: 1494
TREND HOTPOT HALAL SEMAKIN MENINGKAT, SUPAMALA LEBAR SAYAP KE BANGSAR DENGAN CAWANGAN KETIGA
KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2025 – Kalau sebut tentang hotpot, ramai tahu ia semakin jadi kegemaran rakyat Malaysia. Dari makan tengah hari hingga ke lewat malam, ramai suka duduk beramai-ramai, celup sayur, daging dan makanan laut dalam kuah panas sambil berborak panjang. Kini, peminat hotpot ada satu lagi destinasi baharu — Supamala membuka cawangan ketiga di pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre hari ini. Majlis pembukaan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah, yang menjadi tumpuan para tetamu.
Premis seluas 6,500 kaki persegi ini merupakan yang kedua terbesar selepas cawangan pertamanya di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Rekaan dalaman baharu yang lebih moden dan selesa memberi sentuhan segar kepada konsep makan bersama. Dengan kapasiti melebihi 140 tempat duduk serta dilengkapi dengan 10 bilik VIP peribadi yang boleh memuatkan 4 hingga 10 orang setiap satu, Supamala menekankan suasana mesra sambil mengekalkan identiti hotpot sebagai hidangan yang dikongsi bersama rakan dan keluarga.
“Bagi kami, Supamala bukan sekadar restoran. Kami ingin menjadikan restoran kami sebagai tempat orang ramai berkumpul, berbual dan menikmati masa bersama sambil menjamu selera dengan hidangan yang sesuai untuk semua,” kata Pengarah Urusan Supamala, Alex Yap.
Walaupun populariti hotpot semakin meluas, pilihan halal masih terhad di Malaysia. Supamala tampil mengisi kekosongan itu dengan komitmen terhadap piawaian halal. Cawangan Bangsar kini sedang menunggu pensijilan halal, namun cawangan Sunway Pyramid sudah pun memperoleh diiktiraf halal. Menu di Supamala Bangsar menampilkan lima set bufet dengan harga serendah RM38.90+ untuk Set Makan Tengah Hari atau Supper, termasuk pilihan bernilai seperti Meaty Buffet Set serta set mewah Supaluxury Buffet Set. Lebih daripada 100 pilihan à la carte turut ditawarkan, daripada kuah sup istimewa sehinggalah pencuci mulut kreatif, bagi melengkapkan pengalaman makan yang menyeluruh.
Bagi memeriahkan pembukaan, Supamala memperkenalkan Supa Lucky Wheel, di mana setiap pembelian set bufet sepanjang September 2025 melayakkan pelanggan untuk mencuba nasib memenangi hadiah seperti naik taraf bufet, Vanilla Crepe Cake, Musang King Cendol, atau minuman istimewa. Hadiah utama berupa satu set Supaluxury Buffet bernilai RM189.90 dan hadiah khas dalam bentuk satu set All-in-One Buffet bernilai RM99.90 menanti pelanggan bertuah.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan pula, Supamala menawarkan Musang King Cendol pada harga promosi RM14.90+ (harga asal RM22) dengan pembelian set bufet terpilih. Bagi pengunjung yang menikmati set Supaluxury Buffet, hidangan cendol pula ditawarkan tanpa had – melengkapi semangat perayaan yang sinonim dengan rakyat Malaysia.
“Hotpot menyatukan orang ramai, dan kami mahu memastikan ia dapat dinikmati semua lapisan masyarakat melalui pendekatan berfokuskan halal,” ujar Pengerusi Supamala, Datuk Azmi Hassan. “Cawangan baharu ini menzahirkan tekad kami untuk terus membina hubungan sesama masyarakat melalui makanan, sambil memastikan proses pensijilan halal dapat diselesaikan secepat mungkin.”
Dengan gaya segar, tawaran menarik dan komitmen dalam menawarkan pilihan halal, Supamala Bangsar dijangka menjadi destinasi pilihan terbaharu pencinta hotpot di ibu kota. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, kunjungi laman rasmi Supamala di Facebook, Instagram dan TikTok (@Supamalahotpotmy) atau hubungi +6016 953 4879.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: