PRODUKSI ISORITMA 2020 SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR
Автор: Laman Seni
Загружено: 2021-01-30
Просмотров: 3967
Produksi Isoritma adalah tugasan berkumpulan yang harus dilaksanakan untuk mencapai A+ dalam pentaksiran Kesenian SPM bagi murid bidang muzik. Terdapat pelbagai instrumen pentaksiran secara individu dan berkumpulan.
Pada tahun 2020, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan tugasan individu iaitu Kajian lagu ciptaan komposer baharu tanah air di mana calon haruslah mengkaji elemen2 muzik yang terdapat dalam lagu ciptaan komposer dan seterusnya mencipta dan menggubah lagu baharu berdasarkan lagu yang dikaji. Calon- calon mengangkat komposer seperti Hael Husaini, Haqim Rusli, Drama Band, Akim Ahmad, Faizal Tahir, Noh Salleh, Ippo Hafiz, Floor 88 dan lain- lain lagi. Hasil lagu ciptaan tersebut akan dimainkan oleh rakan- rakan dan dibentangkan dalam satu produksi yang dinamakan Isoritma. Walaupun tahun 2020 persembahan dijalankan secara tertutup, namun calon2 tetap bersemangat untuk teruskan perjuangan.
Walaupun terdapat pelbagai kekangan kerana PKP, murid- murid tetap dapat menghasilkan lagu ciptaan dengan baik. Masa latihan serta pemilihan pemuzik dalam skala kecil dan waktu latihan yang sangat singkat iaitu 2 minggu sahaja. Jom kita tonton dan doakan semua calon2 SPM bidang muzik mencapai band 6 (A+) dalam pentaksiran kesenian muzik SPM tahun 2020.
Video ini adalah sebagai eviden pentaksiran dan menjadi Hak Milik sepenuhnya oleh Sekolah Seni Malaysia Johor.
#Produksi#Isoritma#SekolahSeniMalaysiaJohor#SSEMJ#AJL#HaqimRusli#HaelHUsaini#Dramaband#FaizalTahir#IppoHafiz#AkimAhmad#Floor88#LembagaPeperiksaanMalaysia#Pop#Balada#Rock#PKP#Produksi2020
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: