RINDU BILAL : CEKBANG AYAMBANG DHUHA RECORD 【Official MV】
Автор: AyamBang Dhuha Records
Загружено: 2025-11-04
Просмотров: 24377
RINDU BILAL : CEKBANG
Lirik:Nadia Osman
Lagu:Abuyusuf
**************
Rindu Bilal
Langit pun kelam tanpa suaramu
Bilal, muadzin yang setia dan jujur
Setiap seruanmu, menggema di hati
Kini sunyi… sejak Rasul tiada lagi
Lidahmu kelu, mata penuh tangis
“Allahu Akbar” tak terucap lagi
Kerinduan menusuk di dada
Kerana cintamu pada Rasul tercinta
Wahai Bilal, mengapa kau diam
Kerana Rasul telah kembali ke Rahmat-Nya
Setiap azan mengingatkan wajahnya
Setiap lafaz menggetarkan jiwa
Medinah menangis, langit pun turut
Bilal, setiamu abadi selamanya
Bukan kau tak mampu, bukan kau tak mahu
Tapi hatimu hancur dalam rindu
Bilal, kekasih setia Rasulullah
Rindumu adalah bukti cinta sejati
Dalam diam, engkau bersyahadah
Menjaga cahaya, hingga akhir hayatmu
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: