WEY G9 Hi4 PHEV di Malaysia – MPV Premium sub-RM 300k, size Alphard, boleh lawan jenama China lain?
Автор: WapCar BM
Загружено: 2025-09-21
Просмотров: 473
Pandangan pertama 2025 GWM WEY G9, MPV plug-in hybrid premium yang bakal dipasang CKD di Malaysia. Dengan harga sasaran bawah RM300k, ia jadi alternatif lebih mampu milik berbanding pesaing China seperti Denza D9, Zeekr 009 dan Xpeng X9.
Dikuasakan enjin 1.5T turbo + sistem hibrid Hi4 AWD, G9 menjana 442 PS / 642 Nm, pecutan 0–100 km/j 5.7s, dengan jarak gabungan lebih 1,000 km.
Bahagian dalaman mewah dengan kerusi Nappa leather zero-gravity, fungsi urut & ventilasi, serta peti sejuk terbina dalam. Dari segi keselamatan, struktur badan menggunakan lebih 80% high-strength steel dan bateri lulus 89 ujian keselamatan.
Soalan utama: bolehkah WEY G9 jadi pilihan MPV plug-in hybrid premium di Malaysia?
Spesifikasi Pantas (bukan spesifikasi akhir untuk Malaysia):
Enjin: 1.5T Turbo + Sistem Hibrid Dual Motor (Hi4 AWD)
Kuasa/Tork Gabungan: 442 PS / 642 Nm
Bateri: 44.2 kWh
Jarak EV: ~170 km (NEDC)
Jarak Gabungan: lebih 1,000 km
0–100 km/j: 5.7s
Pengecasan: 26 minit (30–80% DC), 6.5 jam (AC 6.6kW)
Tempat duduk: 6/7 konfigurasi
Harga: kurang RM300,000 (anggaran)
Tonton video penuh untuk lihat sendiri sama ada WEY G9 cukup solid untuk bersaing.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: