Mayat Bayi Dalam Mangkuk Tandas
Автор: Bernama Lifestyle and Youth
Загружено: 2019-09-23
Просмотров: 601
KUANTAN, 23 Sept -- Tandas tersumbat dan warna air yang berubah menjadi merah membawa kepada penemuan mayat bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan di stesen bas Terminal Sentral Kuantan (TSK) di sini, hari ini.
Pemandu teksi yang berpangkalan di TSK, Wan Subhi Wan Jusoh, 54, berkata beliau dan tiga lagi kenalan sedang bersembang semasa dipanggil seorang pekerja wanita pembersihan terminal sekitar pukul 9 pagi.
Wanita itu, menurut Wan Subhi menjerit menyatakan terdapat tandas yang bertakung dengan air bercampur darah dan apabila dipam, air tersebut melimpah keluar dari mangkok tandas.
http://www.bernama.com/bm/news.php?id...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: