Tari Rakyat Terengganu - Tarian Balai
Автор: hariezi
Загружено: 2011-12-06
Просмотров: 7205
Tarian ini cukup terkenal di daerah Kuala Berang, Hulu Terengganu. Balai yang juga dikenali sebagai "Payung Buah" merupakan struktur payung berwarna warni bertingkat-tingkat (biasanya 3 dan satu payung kembang paling atas). Ia juga merupakan simbol dan lambang kepada semangat padi.
Tarian Balai ini asalnya hanya di tarikan oleh wanita-wanita kampung (juga gadis/pemudi) dengan membuat gerakan simbolik seperti pesawah padi, antaranya bercangkul, merumput padi, menabur padi juga menampi dan menumbuk padi. Semasa menari yang diiringi dengan lagu yang berkaitan, para wanita ini akan mengelilingi struktur "balai" dengan disertai perkakas perkakas menanam padi seperti cangkul, penuai padi, badang,juga terendak (topi pesawah)
Tarian Balai ini juga memberi pengertian sebagai satu tarian pesta selepas menuai padi juga sebagai ucapan terima kasih atas hasil tuaian yang baik yang telah diperolehi juga dgn harapan dimasa akan datang akan mendapat hasil tanaman yang lebih lumayan serta berlipat ganda. Juga ditarikan untuk mengelakkan sebarang bencana buruk, mencari kerahmatan dari semangat padi (beras).
Rakaman ini diambil pada tahun 1989 bersempena dengan konsert Diraja yang diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu dan dipersembahkan oleh Kumpulan Majlis Kebudayaan Hulu Terengganu.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: