Jejari Keledek | Keledek Goreng Rangup
Автор: Jom Masak
Загружено: 2021-12-07
Просмотров: 1843
Jejari Keledek | Keledek Goreng Rangup
Menu makan pagi dan petang yang sangat simple dan mudah disediakan, rangup dan manis keledek pasti disukai seisi keluarga 😋❤️❤️❤️
Jom Buat🤗
Bahan Bahan Untuk Salutan Tepung :
12 sudu besar (membukit) tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur ayam gred C
Sedikit garam
½ sudu kecil air kapur
½ sudu kecil serbuk kunyit
200 ml air sejuk @ air dari peti sejuk
3 biji ubi keledek oren saiz sedang dibuang kulit dan dibersihkan, kemudian dipotong memanjang seperti jejari kentang @ sesuai selera (jangan terlalu nipis atau kecil)
Cara cara penyediaannya :
1. Masukkan semua bahan bahan untuk salutan tepung, kacau sebati pastikan adunan tidak terlalu pekat, dan tidak juga terlalu cair (rujuk video)
2. Masukkan sedikit ubi keledek yang dipotong kedalam adunan, dan mula menggoreng didalam minyak yang panas.
3. Semasa menggoreng, renjiskan sedikit adunan untuk mendapatkan kerak kerak halus yang rangup.
4. Alihkan ke dua dua belah bahagian , toskan minyak dan letakkan didalam bekas beralas tisu serap minyak.
Sedia untuk dihidang dan dimakan panas panas.Simple dan sedap.Rangup sampai ke malam.Selamat mencuba.
Nota : Jika sukakan cucur yang berpalit lebih tebal, tambahkan beberapa sudu tepung beras lagi sehingga mendapat kepekatan yang diingini, tapi semasa merenjis di dalam minyak untuk mendapatkan keraknya haruslah menggunakan konsistensi adunan yang cair sedikit seperti yang kak Jm gunakan didalam video untuk menghasilkan lapisan kerak yang rangup dan nipis.
• Jejari Keledek | Keledek Goreng Rangup
#JejariKeledek
#KeledekGorengRangup
#CucurKeledek
#CucurUbiKeledek
#CucurUbiJalar
#UbiJalar
#JomMasak
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: