Ucapan Anwar ketika merasmikan Tahun Melawat Malaysia 2026 di Melaka.
Автор: Anwar Ibrahim
Загружено: 2025-09-28
Просмотров: 4770
Hadir menyaksikan bagaimana Melaka mempertunjukkan kehebatan warisan dan budaya yang mengakarnya. Bijak laksana Tuah, berani laksana Jebat. Ini bukti betapa sejarah agung Kesultanan Melayu Melaka masih hidup segar dalam denyut nadi bangsa, selain sebagai catatan lampau, menjadi wahana penyatuan seni, budaya, dan ekonomi berasaskan pelancongan di Melaka.
Tahun Melawat Malaysia 2026 merupakan perayaan tarikan pelancongan, dan juga ikhtiar menghidupkan semula lembaran pensejarahan agung, dengan melakar semula sejarah kenegaraan yang tidak dituding dan ditentukan dari lensa imperialis ganas.
Dari kisah Enrique de Malaka, atau Henry The Black atau Panglima Awang yang ditawan sebagai hamba oleh penjajah Portugis, selain belayar membedah samudera bersama pengembara Ferdinand Magellan pada abad 15, hingga ke zaman emas melonjaknya jaringan perdagangan rantau ini. Ia lantas memungkinkan Melaka muncul sebagai tamadun kosmopolitan yang pernah berdiri megah, dan kini kembali menyinari pentas global.
Justeru, saya berbangga kerana Malaysia mampu menonjolkan wajahnya yang sebenar, yakni sebuah tatanan yang bhineka, rencam kaum dan agama, dengan kepelbagaian budaya yang berpadu menjadi kekuatan utama. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya meluncurkan Tahun Melawat Malaysia 2026 sambil mengajak dunia hadir, menyelami serta menggarap sejarah, menghayati seni dan budaya, serta menyantuni kerencaman budaya kita.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: