Berita Perdana, 05 Februari 2025: SHENA memperkukuhkan kerjasama dengan Penghulu Mukim dan Ketua Kg
Автор: SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENT NATIONAL AUTHORITY
Загружено: 2025-02-05
Просмотров: 4211
5 & 6 Februari 2025 – Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, baru-baru ini telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong untuk mengukuhkan usaha dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara.
Yang Mulia Haji Muhsin bin Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif SHENA, dalam ucapan pembukaan beliau, telah merakamkan sekalung penghargaan kepada semua Penghulu Mukim dan Ketua Kampong atas komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka inilah yang antaranya memegang berperanan penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk dengan menerusi pemantauan rapi dan tindakan pantas apabila menangani dengan amalan-amalan tidak selamat—bukan sahaja di rumah malah di kawasan awam, atau ketika menjalankan aktiviti yang berkaitan pekerjaan dengan hal ehwal kampong masing-masing.
Sesi Muzakarah ini turut menekankan pendekatan “Whole-of-Nation” dalam merealisasikan Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035. Melalui kerjasama yang diperkukuh merentasi pelbagai lapisan masyarakat, matlamat keselamatan, kesihatan, dan penjagaan alam sekitar dapat dicapai dengan lebih berkesan. Kepimpinan Penghulu Mukim dan Ketua Kampong memainkan peranan penting dalam membudayakan sikap berwaspada dan tanggungjawab di seluruh komuniti.
Sesi Muzakarah yang pertama dihadiri oleh Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Tetamu Kehormat.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: