SITI NURHALIZA COVER - KU MOHON
Автор: Siti Nurhaliza
Загружено: 2020-04-19
Просмотров: 142041
Untuk Menyumbang : https://kita.fund/sitilive
Perjuangan kita menentang penularan wabak Covid-19 masih belum berakhir. Masih banyak yang perlu kita lakukan, kerajaan juga telah mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung lonjakan kes-kes baru.
Justeru, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Secara ringkasnya, dana ini dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza.
Dana ini, objektifnya dibahagikan mengikut kategori iaitu:
1. PEDULI- Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.
2. KEMANUSIAAN- Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
3. PRIHATIN- Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.
Sebagai langkah permulaan, kami mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan.
Kami yakin, bantuan kita semua akan dapat membantu perjuangan kita menentang Covid-19 sekarang. Terima kasih Malaysia. #KitaJagaKita.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana untuk menyumbang dengan menggunakan QR code?
Para penonton semua boleh menyumbang dengan mengimbas (scan) QR code di skrin menggunakan telefon pintar anda.
Buka aplikasi kamera anda dan pastikan mode kamera di belakang sudah diaktifkan. Pegang telefon pintar anda dan imbas QR code di skrin.
Selepas itu anda akan dibawa ke laman kempen Dana PKP Siti Nurhaliza dan boleh teruskan sumbangan.
Jika kamera anda tidak dapat mengimbas QR code tersebut, anda boleh layari laman kempen Dana P. K. P Siti Nurhaliza dengan menekan link di description atau secara manual taip https://kita.fund/sitilive untuk menyumbang.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: