PAXLOVID : SENJATA BARU UNTUK MERAWAT COVID-19 DI MALAYSIA !!! 😍😍😍😍😍
Автор: Mohamed Fitri
Загружено: 2022-04-02
Просмотров: 720
Salam 1 Ramadhan 1433 Hijrah !!! 😇
(Pengumuman FDA mengenai Paxlovid ini telah dibuat pada 21 Disember 2021).
PAXLOVID (PF-07321332/Nirmatrelvir 150mg Film-Coated Tablets & Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) disyorkan utk rawatan COVID-19 pada org dewasa berumur 18 tahun & ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen & berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk (severe).
Anti-viral Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi COVID-19 dan pengganti kepada tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP utk elakkan dijangkiti Covid-19.
Paxlovid mengandungi nirmatrelvir yg merencat protein SARS-CoV-2 & menghalang virus daripada membiak. Ritonavir pula melewatkan proses pemecahan nirmatrelvir & bantu mengekalkan kesan & kepekatan antiviral dalam tempoh lebih lama. Paxlovid TIDAK diberikan berterusan utk lebih 5 hari.
Paxlovid diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 & dlm tempoh masa 5 hari gejala bermula utk keberkesanan optima. Paxlovid diberikan secara oral 3 biji ubat (2 biji nirmatrelvir & 1 biji ritonavir) utk dua kali sehari selama 5 hari; jumlah keseluruhan 30 biji ubat).
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: