Adab Qada Hajat Buang Air Kecil Besar- Inilah Adab Sebelum Masuk Tandas | Ustaz Faizal Ab Rahaman
Автор: JalanSyurga
Загружено: 2025-01-07
Просмотров: 508
Adab Qada Hajat Buang Air Kecil Besar- Inilah Adab Sebelum Masuk Tandas
Sila KLIK 👉 / @jalansyurga untuk tonton video-video lainnya!
Jom LIKE, SHARE and SUBSCRIBE dan tekan butang 🔔 tanda support 💖 channel JalanSyurga
Ringkasan Kuliah:
1. Bacalah ketika ingin memasuki tandas ketika ingin membuang air besar atau air kecil (video)
2. Masuklah tandas dimulai kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan
3. Ulama menyatakan jika termulai kaki kanan, keluar semula dan mulai semula kaki kiri untuk membiasakan diri
4. Lakukan sesuatu dimulai dengan basmallah. Tidak mendapat keberkatan jika tidak memulai sesuatu tanpa basmallah
5. Basmallah bermaksud bergantung semata-mata kerana Allah SWT bukan disebabkan kekuatan kita
6. Tandas tempat Syaitan. Berlama dalam tandas boleh menyebabkan datangnya penyakit syak dan was-was dalam ibadah kelak
7. Jangan bawa nama Allah SWT dan sifatnya, nama Rasulullah SAW, nama anbiya', nama malaikat, Al-Quran ke dalam tandas. Jika membawa maka hukumnya makruh
8. Tutuplah alaslah kepala sekurang-kurangnya letak tangan di atas kepala
9. Pakailah alas kaki. Jika selalu tidak memakai kasut besar peluang diganggu Syaitan kerana salah satu tempat masuk ke dalam badan manusia ialah kaki
10. Bacalah doa sebelum masuk tandas iaitu di luar tandas
11. Bacalah doa tambahan ini untuk menutup pandangan Syaitan sebelum masuk tandas atau sebelum buka aurat (video)
12. Keluar tandas dengan kaki kanan dan membaca doa. Ucaplah syukur kepada Allah SWT. Paling pendek bacalah ghufranaka (video)
13. Sediakan batu atau air dahulu (pastikan ada) sebelum qada hajat
14. Istinjaklah di tempat lain bukan tempat qada hajat untuk mengelakkan percikan najis
15. Gunalah pakaian lain ketika masuk tandas jangan guna pakaian solat
16. Paling baik istinjak adalah menggunakan batu dan air (kaedah pertama). Setidaknya air sahaja (kaedah kedua)
17. Istibrak (berdehem) ialah untuk melawaskan saki baki najis hukumnya sunat atau wajib (jika penyakit kencing tak tos tak lawas)
18. Urutlah di bawah kemaluan zakar untuk keluarkan najis
19. Ramai ulama mewajibkan istibrak kerana ramai yang disiksa dalam kubur kerana kencingnya
20. Jangan menghadap ke matahari, bulan atau arah kiblat atau membelakangkan kiblat
21. Jangan qada hajat di air yang bertakung, bawah pokok buah, dalam lubang,
22. Jika ingin buang air di semak dan sebagainya bacalah bismillahhillazi...
23. Beratkan kaki kiri ketika ingin lepaskan hajat
24. Jangan kencing berdiri kecuali darurat
25. Rukun istinjak ada 4 rukun iaitu orang yang beristinjak, ada najis, tempat najis (qubul dubur) dan alat istinjak
26. Jika selepas buang air besar, istinjak dahulu qubul barulah dubur
27. Istinjak 3x dengan batu sama ada 3 batu atau 1 batu dengan 3 permukaan. Jika tidak bersih jadikan 5 batu, 7 batu dan seterusnya dalam bilangan ganjil
28. Istinjak dengan tangan kiri dengan jari tengah
29. Bacalah doa ketika keluar tandas selepas istinjak (video)
30. Hafallah doa-doa sebelum masuk tandas dan ketika keluar tandas
31. Gosoklah tangan ke lantai selepas istinjak atau gunakan sabun
🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
🔴 Saham Wakaf (Majlis Agama Islam Johor): http://www.e-wakafjohor.gov.my/
🔴 Tabung Masjid Bandar Segamat:
Bank Islam: 01078010004365
Bank Rakyat: 11-0028344-6
*Disclaimer: Channel JalanSyurga hanyalah memenuhi tanggungjawab sosial membantu mengiklan secara percuma. Sumbangan tuan/puan 100% disalurkan terus kepada pihak berkenaan
🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
-------❤️ Jom temui di media sosial!---------
📸 YouTube: / jalansyurga
👍 Facebook: / kuliahjalansyurga
#jalansyurga #UstazFaizalAbRahaman #tandas #qadahajat #doa #doamasuktandas #penyakithati #penawarbagihati #lahaulawalaquwwataillabillah #tasawuf #rukun #kuliah #tazkirah #ceramah #MasjidBandarSegamat
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: