Butterfingers - Vio-Pipe (LIVE) Nusa Fest 2023
Автор: backstagetv
Загружено: 2023-07-10
Просмотров: 2382
Foto: Khalil Makata
Nama-nama besar seni Nusantara berhimpun menghiburkan 5,000 peminat seni serumpun ketika hari pertama Nusafest yang berlangsung Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.
Festival seni yang menyatukan industri kreatif tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura yang pertama kali dianjurkan Shiraz Projects ini merayakan muzik dengan Panggung Nusa yang menampilkan dua pentas gergasi sebelah menyebelah bagi mempersembahkan artis pelbagai genre.
Hari pertama Nusafest menghimpunkan artis antaranya Salammusik, Ras Muhamad, White Percusion Unit, Iqbal M., Barasuara, Efek Rumah Kaca, Kelompok Penerbang Roket, Dipha Barus, Burgerkill dan Seringai yang masing-masing mempunyai pengikut setia tersendiri.
Hujan lebat sejurus selepas persembahan pertama tidak menghalang hadirin untuk terus menikmati artis pilihan masing-masing.
Kemuncak festival semestinya persembahan dua kumpulan yang juga Ikon rock negara Search dan Wings sebagai ‘headliner’ hari pertama. Energi yang ditampilkan kedua kumpulan ini tidak boleh disangkal dengan aksi yang menambat khalayak masing-masing.
Selain Panggung Nusa, Nusafest turut menamplkan Warong Nusa dan Pasar Nusa, iaitu segmen jualan makanan, barangan seni dan kraf tangan dari Nusantara.
Nusafest pada hari kedua Ahad 9 Julai diteruskan dengan persembahan antaranya Kugiran Masdo, Forceparkbois, Jemson, Budak Nakal Hujung Simpang, Gerhana Skacinta, Monoloque, Fourtwnty, Pusakata, The Changcuters, Diskoria, The Pinholes dan Butterfingers.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: