MAJLIS PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA DI JPKKP KAMPUNG GONG MAK SOM
Автор: UMT HOLDINGS
Загружено: 2025-01-07
Просмотров: 161
12 November 2024 (Selasa) | Majlis Pelepasan Benih Ikan Tilapia di Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Gong Mak Som, Besut untuk Program Sejati Madani telah dihadiri oleh Ketua Unit Dasar, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), YBrs. Encik Razali bin Mamat serta dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji Muhammad Pehemi Yusof, Penasihat, Giat Mara Daerah Besut. Pengerusi, Persatuan Nelayan Terengganu (PENENTU) YBrs. Encik Mat Yassim bin Mohamed dan Pegawai Penyelaras (PPPNT) Daerah Besut, YBrs. Tn. Mohd Shahrizan bin Tn. Muda Shahrizan. UMT Holdings diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Ramzi bin Mohamad Zubir.
Sebanyak 12000 anak benih telah dilepaskan ke dalam 3 buah kolam kanvas yang direkabentuk khas untuk tujuan Ternakan Ikan Tilapia mengunakan Teknologi Rapid Bioflok.
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kg. Gong Mak Som menerusi pengerusinya YBrs. Encik Mohamed Yusof mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) kerana telah meluluskan geran sejati madani ini yang boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Projek Ternakan Ikan Tilapia di dalam Kanvas UMTH dengan menggunakan teknologi Rapid Bioflok UMT. Teknologi Rapid Bioflok hasil kajian dan inovasi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman bin Kasan telah berjaya memenangi pelbagai pingat dan anugerah di peringkat Tempatan dan Antarabangsa.
Teknologi ini membolehkan bioflok dibentuk seawal 10 hari berbanding proses pembentukan sendiri secara konvensional yang mengambil masa selama 30 hari. Dengan teknologi ini juga, kos makanan dapat dikurangkan sehingga 30%. Ikan juga tidak berbau tanah atau hanyir berikutan kualiti air yang baik. Ini semua berlaku secara semula jadi, dengan penggunaan bakteria baik dalam teknologi UMT ini.
#universitimalaysiaterengganu #umtholdings #umtconsultacyservices #umtaqua #umtsea #gobeyond #UandMeTogether #MalaysiaMadani
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: