Boleh Tersembur Kalau Pekena PASEMBUR Ni. Inilah Cara BETUL Untuk Buat PASEMBUR UTARA [ENGLISH sub]
Автор: Cheq Na
Загружено: 2022-03-11
Просмотров: 49114
PASEMBUR UTARA
===============
Di dalam video kali ni, Cheq Na nak 'SHARE' macammana nak buat PASEMBUR UTARA.
Rojak mamak atau nama sinonimnya PASEMBUR merupakan salad India Malaysia yang mempunyai bahan-bahan seperti ubi sengkuang, timun, taugeh, tauhu, telur dan cucur udang.
Ianya dimakan bersama dengan kuah kacang yang pedas dan manis. Kuahnya mirip kuah satey. Kebiasaannya dimakan pada waktu petang. Ianya mampu mengenyangkan si pemakannya.
JOM kita tengok bahan-bahannya untuk PASEMBUR UTARA ni ...
BAHAN-BAHAN UNTUK CUCUR UDANG
a) Tepung gandum
b) Udang
c) Yis
d) Daun kucai
e) Air suam
f) Garam
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
a) 1 cawan gula merah
b) 1 camca besar gula putih
c) 2 camca besar tepung gandum
d) 3 1/2 camca besar serbuk cili
e) 1 cawan air asam jawa
f) 2 camca besar cuka
g) 1/2 cawan kicap lemak
h) Bijan
i) Kacang tanah
j) Air kosong
Jadi, cara-cara nak buat PASEMBUR UTARA ni, Cheq Na minta uols semua tengoklah video ini sampai habis dan jangan SKIP. Kalau uols skip video ini, ILMU yang Cheq Na nak 'SHARE' tu tak sampai dan resepi jadi tak sedap 🤭😝.
Kalau uols semua suka video ni, sila tekan LIKE dan kalau uols tak mau miss drama masak Cheq Na yang seterusnya, silalah SUBSCRIBE. Nanti uols akan dapat notification dari Cheq Na BILA dan MASA Cheq Na nak upload new videos.
Ok, itu saja kali ni. Luangkanlah masa tengok video ni dan jumpa di video yang seterusnya.
Terima kasih kerana menonton video Cheq Na hang! 🥰😘
Segmen-Segmen Penting Dalam Video
0:00 - Intro
0:30 - Cara buat cucur udang
2:12 - Cara buat kuah cucur udang
7:34 - Cara goreng cucur udang
10:41 - Finalise kuah cucur udang
12:25 - Cara menyediakan cucur udang complete
#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi
#malaysia
#pasembur
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: