MAJLIS PERASMIAN SELANGOR CARE NETWORK DAN PJ CARE ECONOMY ACTION PLAN 2025-2030
Автор: PJCityCouncil
Загружено: 2025-10-09
Просмотров: 21
𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 – Majlis Bandaraya Petaling Jaya mencipta sejarah apabila menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor yang melaksanakan Pelan Tindakan Ekonomi Penjagaan Petaling Jaya 2025 - 2030, satu inisiatif strategik bagi memperkukuh kesejahteraan sosial dan ekonomi komuniti bandar.
Majlis Perasmian 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒐𝒓 𝑪𝒂𝒓𝒆 𝑵𝒆𝒕𝒘𝒐𝒓𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝑱 𝑪𝒂𝒓𝒆 𝑬𝒄𝒐𝒏𝒐𝒎𝒚 𝑨𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏 𝑷𝒍𝒂𝒏 𝟐𝟎𝟐𝟓 - 𝟐𝟎𝟑𝟎 telah disempurnakan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, YB Puan Anfaal binti Saari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Inisiatif ini memperkukuh kesejahteraan sosial dan ekonomi komuniti bandar melalui pembangunan ekosistem penjagaan yang inklusif, mampan dan berdaya tahan sekali gus memberi manfaat kepada kanak-kanak, warga emas dan golongan OKU.
YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya, dalam ucapannya menegaskan bahawa pelaksanaan pelan tindakan ini menandakan komitmen MBPJ untuk membina Bandar Penjagaan Inklusif - sebuah bandar yang bukan sahaja maju dan lestari tetapi juga berjiwa penyayang.
Pelan Tindakan Ekonomi Penjagaan Petaling Jaya menekankan empat (4) tunjang utama pelaksanaan, iaitu:
i. Penambahbaikan garis panduan operasi pusat jagaan;
ii. Program latihan dan pensijilan penjaga profesional;
iii. Insentif kepada institusi penjagaan berkualiti tinggi; dan
iv. Galakan pelaburan dan inovasi dalam perkhidmatan penjagaan sosial.
Sebagai pelengkap kepada agenda ini, MBPJ turut memperkenalkan program komuniti 'PJ Food With Love' yang telah dilancarkan pada 25 Jun 2025 bersama AGECOPE Selangor, ManagedCare Sdn. Bhd. dan Le Maison Blissful bagi menyalurkan makanan sihat, pemantauan kesihatan dan sokongan emosi kepada warga emas yang tinggal bersendirian.
MBPJ akan terus memperkukuh peranannya sebagai pelaksana dasar penjagaan perintis di peringkat tempatan, sejajar dengan hala tuju dasar negeri dan nasional.
Melalui sinergi antara kerajaan, sektor swasta, NGO dan komuniti setempat, MBPJ yakin ekosistem ekonomi penjagaan yang mampan, inklusif dan berdaya tahan dapat direalisasikan di Petaling Jaya, sekali gus menjadikan bandar raya ini model rujukan nasional bagi penyediaan perkhidmatan penjagaan berkualiti untuk kesejahteraan semua lapisan masyarakat.
'𝑃𝑒𝑡𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝐽𝑎𝑦𝑎 𝐵𝑎𝑛𝑑𝑎𝑟 𝑃𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝐵𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑚𝑝𝑎𝑛'
#MalaysiaMadani
#𝐊𝐢𝐭𝐚𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 MajuBersama
#PJBandarPalingBahagiadanMampan
#MajlisBandarayaPetalingJaya
#visitselangor2025
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: