Bomba siasat kebakaran pikap dalam insiden kren runtuh
Автор: Harian Metro
Загружено: 2025-12-14
Просмотров: 1039
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor sedang menyiasat kebakaran yang berlaku ketika insiden runtuhan dan kebakaran kren mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup di Pontian pada 13 Disember.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba Satu (PgKB I) Muhammad Tarmizi Md Jaafar berkata, siasatan itu menjurus kepada kebakaran yang membabitkan pikap di lokasi ketika insiden runtuhan kren berlaku.
Dalam masa sama, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain memaklumkan pihaknya masih menunggu hasil siasatan bomba, selain laporan penuh daripada pihak pengurusan Malakoff Tanjung Bin.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: