KONVOI KEMBARA MERDEKA UMK 2025 MISI ZAHIRKAN RASA DAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA [HD]
Автор: OfficialUMK
Загружено: 2025-09-07
Просмотров: 140
KONVOI KEMBARA MERDEKA UMK 2025 MISI ZAHIRKAN RASA DAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
BACHOK 21 Ogos 2025 I Dalam menzahirkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2025, Kembara Merdeka UMK hari ini secara rasmi telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, di foyer Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok, Kelantan, pagi tadi.
Program peluncuran tersebut berlangsung tepat jam 10.30 pagi dengan gimik pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 2025 sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-68.
Acara gimik perasmian telah disempurnkan oleh Tan Sri Wan Ahmad Dahlan dengan melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi Universiti dan nyanyian lagu serta kibaran Jalur Gemilang mewarnai gimik perasmian.
Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Ir. Dr. Arham Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Haji Zaluzi Ismail, Datuk Dr. Mohd Zabri Bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Ab. Halim.
Konvoi Kembara Merdeka UMK 2025 anjuran Pejabat Pendaftar UMK kali ini menempuh perjalanan sejauh 2,000 kilometer merangkumi tiga lokasi persinggahan iaitu di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 21 hingga 23 Ogos 2025.
Manakala, UMK menjadi destinasi permulaan dan dijangka singgah di beberapa lokasi untuk beberapa aktiviti seperti penyerahan jalur gemilang.
Sebanyak 12 buah kenderaan universiti dengan 68 warga turut serta sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan Ke 68 dalam misi ini sebagai simbol penyatuan rakyat dan kecintaan terhadap negara.
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK
#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity
#UMK4u1hati1jiwa #malaysiamadani
Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.
Kita #BinaLegasiUMK Bersama
#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #vcumk #WeAreUMKFamily #OneUMKOneDream
*Like Facebook Rasmi UMKTV :
/ umktv.umk
*Subscribe Youtube Chanel UMKTV:
/ umktvumk
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: