INOVASI CISMID
Автор: Teacher Fatihah
Загружено: 2023-02-16
Просмотров: 240
CISMID ialah satu projek inovasi yang dihasilkan oleh kumpulan SMART BBEST. CISMID merupakan singkatan kepada CIgarate Smoke MIcrobit Detector. Masalah yang dihadapi ialah Kejadian merokok di kalangan pelajar semakin meningkat di sekolah. Namun begitu, tindakan tidak dapat diambil sepenuhnya kerana pelajar yang melakukan kesalahan tidak dapat dikesan. Oleh itu, kejadian tersebut semakin berleluasa. Objektif 1. Membendung masalah merokok di kalangan pelajar sekolah.2. Mengintegrasikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam inovasi CISMID.3. Memenuhi pembangunan lestari (SDG) yang ke-3 Good Health & Well-Being dan SDG yang ke-11 Sustainable Cities & Comunities. CISMID ini dilengkapi dengan Microbit V2, Rekabit, Buzzer dan Smoke Detector. Dalam persekitaran biasa Analog input bagi Smoke detector menunjukkan bacaan kurang dari 500. Jika terdapat asap (AO lebih 500 buzzer akan berbunyi dan seterusnya satu pesanan ke telecgram cloud akan diberikan. Serentak dengan itu, servo motor akan berpusing untuk menutup pintu. Jadi murid yang disyaki merokok dapat ditangkap. Pada masa hadapan, inovasi ini boleh dinaik taraf dengan fungsi kamera dan boleh diguna luaskan di semua sekolah di Malaysia
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: