PASTIKAN DAH ADA "REN TAG" BARU BUAT SALES!
Автор: HartanahdanAnda
Загружено: 2021-04-21
Просмотров: 536
KENA JADI EJEN HARTANAH YANG SAH, BARU BOLEH BUAT SALES!
.
Adalah jelas termaktub di dalam Akta 242 (Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981) bahawa seorang Ejen Hartanah (Real Estate Agent - REA) YANG BERDAFTAR dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) sahaja BOLEH menjalankan amalan sebagai seorang Ejen Hartanah dan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh Ejen Hartanah tersebut sebelum dia boleh mendaftarkan diri di bawah Akta 242 tadi.
.
Setelah Ejen Hartanah tersebut berdaftar dengan Lembaga, maka dia boleh mendaftarkan pula 50 orang Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator- REN) untuk bernaung di bawah ejensinya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga.
.
Setelah REN ini mendaftarkan diri mereka dengan ejensi milik REA tersebut, barulah REN ini boleh menjalankan amalan sebagai seorang Perunding Hartanah, layak mendapat komisen daripada urusan jual-beli hartanah itu dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada.
.
Kesimpulannya, dalam menjalankan apa-apa amalan perundingan hartanah, sama ada untuk membantu penjual atau pembeli, kita perlu pastikan bahawa: -
.
a) sebagai seorang Perunding Hartanah, kita tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang dengan menjadi seorang Perunding Hartanah yang berdaftar sebelum menjalankan apa-apa amalan perundingan hartanah yang bertujuan untuk mendapatkan komisen dari urusan tersebut;
.
b) sebagai penjual atau pembeli, kita pastikan bahawa kita hanya berurusan dengan mana-mana ejen /perunding hartanah yang BERDAFTAR dengan LPPEH sahaja dan ejen tersebut menjalankan amalan mengikut prosedur yang betul untuk mengelakkan daripada timbul sebarang masalah di kemudian hari (ditipu dan sebagainya).
.
Sekarang anda dah FAHAM?
.
Sila KONGSIKAN posting ini kepada rakan-rakan anda supaya mereka juga boleh FAHAM seperti anda 😉
.
#HARTANAHDANANDA #EJENHARTANAH #REN #JUALBELIRUMAH #RUMAHPERTAMA #AKTA242 #LPPEH #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: