Video Penghargaan YBrs. Prof. Madya Dr Afandi bin Ahmad
Автор: ITC FSKTM
Загружено: 2021-02-28
Просмотров: 83
Kami, warga Kelab Teknologi Maklumat (ITC) mewakili mahasiswa-mahasiswa dari fakulti FSKTM ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Afandi bin Ahmad di atas segala jasa dan khidmat bakti beliau yang telah dicurahkan kepada UTHM selama memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Jasa dan khidmat cemerlang Prof. Madya Dr. Afandi amat bermakna dalam usaha menjana transformasi dan kemenjadian pelajar-pelajar UTHM yang dikasihi. Kami mendoakan agar YBrs Prof. Madya Dr. Afandi terus diberkati oleh Allah s.w.t dalam payung Rahmat-Nya.
Angin sepoi beralun tenang,
Sampan dimudik hingga ke tanjung,
Budimu disanjung jasamu dikenang,
Khidmat dan bakti sentiasa dijunjung.
Ikhlas dari kami,
KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT (ITC FSKTM)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
#uthm #fsktmuthm #itcfsktm #mpputhm #WeNetworkForAll #tnchepa #terimakasih
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: