Part 2 | PADANG BUKIT TINGGI, INDONESIA 19-22.09.2024 | Anak Kariah Kg Londang Di Bumi Minang
Автор: TEH TARIK kurang manis
Загружено: 2024-10-09
Просмотров: 1395
Part 1 | PADANG BUKIT TINGGI, SUMATERA BARAT, INDONESIA 19-22.09.2024 | Anak Kariah Kg Londang Di Bumi Minang #minang #minangkabau #bukittinggi #sumaterabarat #wonderful #wonderfulindonesia
Padang, ibukota Provinsi Sumatera Barat Indonesia, terletak di pantai barat Sumatra.
Sebahagian kawasan di bandar lamanya mempunyai bangunan kolonial Belanda dan bot nelayan di sekitar pelabuhan dan sungai Batang Arau. Padang juga adalah bandar urban Indonesia yang diapit di antara Lautan Hindi dan Bukit Minangkabau.
Padang telah menjadi pusat perdagangan sejak abad ke-16, yang telah dikendalikan oleh Kerajaan Pagaruyung dan Kesultanan Aceh.
Pada abad ke-16 dan ke-17 lada ditanam dan didagangkan dengan India, Portugal, United Kingdom dan Belanda. Oleh sebab itu juga Padang dikenali sebagai pelabuhan rempah.
Pada tahun 1663, bandar ini dibawah kuasa Belanda dan pos perdagangan dibina pada tahun 1680. Bandar ini berada di bawah Kerajaan British sebanyak dua kali, pertama dari 1781 hingga 1784 semasa Perang Anglo-Belanda Keempat, dan sekali lagi dari 1795 hingga 1819 semasa Perang Napoleon. Ada banyak sejarah menarik yang berlaku di Padang termasuklah kesan kemusnahan disebabkan tsunami pada 1794 dan gempa bumi 2009.
Bukit Tinggi juga dikenali sebagai bandar pelancongan utama di Sumatera Barat malah ia merupakan salah satu tempat kegemaran pelancong di rantau ini untuk berekreasi sambil melancong. Terdapat banyak tempat menarik di Bukit Tinggi, Indonesia yang penuh kehijauan dan menakjubkan ini. Artikel kali ini akan akan saya kongsikan kepada anda tempat-tempat menarik di Bukit Tinggi, Indonesia.
Jika London terkenal dengan menara jamnya yang dikenali sebagai Big Ben, di Bukit Tinggi pula terdapat sebuah menara jam yang dikenali sebagai Jam Gadang. Menara jam setinggi 26 meter ini merupakan monumen paling terkenal di bandar ini, yang telah dibina pada tahun 1926. Jangan kata anda datang ke Bukit Tinggi tetapi tidak melawat Jam Gadang. Di samping melakukan aktiviti bergambar, anda juga boleh menyewa kereta kuda berharga Rp 100,000 untuk bersiar siar berdekatan Jam Gadang. Seramai 2 hingga 4 orang boleh menaiki kereta kuda ini bersama-sama dan anda akan dibawa melawat sekitar kawasan ini selama sejam. Disebabkan lokasi ini berdekatan dengan kawasan membeli-belah, bandar ini sentiasa kelihatan meriah dan sibuk dipenuhi dengan pengunjung.
Istana Pagaruyung atau dari bahasa Minangkabau iaitu Istano Basa Pagaruyuang adalah istana dari bekas Kerajaan Pagaruyung. Ia terletak di Kecamatan Tanjung Emas di kota Batu Sangkar, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Istana ini dibina dalam gaya seni bina vernakular tradisional Minangkabau Rumah Gadang tetapi mempunyai beberapa unsur atipikal termasuk struktur tiga tingkat dan dimensi yang lebih besar berbanding dengan rumah gadang yang biasa. Pasti anda pernah tahu bahawa orang Minang biasanya hidup dalam masyarakat monarki di mana raja-raja dan permaisuri memerintah tanah itu.
Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka adalah muzium yang terdapat di sekitar tepian Danau Maninjau, berlokasi di Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Salah sebuah tempat menarik di Bukit Tinggi Indonesia ini mula dibangunkan pada tahun 2000 dan dirasmikan pada tahun 2001 oleh Gabenor Sumatera Barat pada waktu itu, iaitu Zainal Bakar. Sesuai dengan namanya, muzium ini mempamerkan koleksi benda-benda peninggalan Buya Hamka. Bangunannya merupakan rumah yang ditempati Hamka sejak lahir lagi hingga sebelum Beliau pindah ke Padang Panjang. Muzium ini terletak pada ketinggian yang lebih tinggi 5 meter dari jalan raya di sekitarnya. Reka bentuk muzium ini mengikut bentuk seperti Rumah Gadang dengan atap bergonjong dan hiasan ukiran Minang. Tempat menarik di Bukit Tinggi ini beroperasi bermula jam 8.00 hingga pukul 15.00 waktu setempat. Dari sekian orang yang mengunjungi muzium ini, kebanyakan mereka bukanlah orang Indonesia, tetapi ramai dari Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam. Anda boleh melihat ratusan buku, majalah, dan arsip-arsip tentang Hamka tersimpan di dalam almari kaca malah terdapat puluhan gambar di sepanjang dinding pada setiap sudut ruangan di muzium ini.
Kami dari TEH TARIK kurang manis mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong channel ini. Kami cuba berkongsi ilmu dan pengalaman melalui channel ini. Semoga video yang kami paparkan memberi sedikit sebanyak info berguna. Mohon sokongan daripada anda semua, teruskan Subscribe, like komen dan share kepada rakan-rakan anda. Kami sangat menghargai sokongan anda semua.
Terima kasih,
TEH TARIK kurang manis
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: