Tahniah kepada Penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Wilayah Persekutuan 1447H/2025M
Автор: TV JAWI
Загружено: 2025-07-02
Просмотров: 296
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada semua Penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Wilayah Persekutuan 1447H/2025M
Berikut merupakan senarai penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1447H/2025M:
A. Tokoh Utama
Datuk Haji Mohd Fadzli bin Yusof (81 tahun) merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) (2005- kini) dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid AT-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (sesi 2023-2026). Beliau telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia menganggotai Badan Petugas bagi Mengkaji Penubuhan Sebuah Syarikat Insurans Secara Islam Di Malaysia (1982) sehingga Kerajaan bersetuju sebuah Syarikat insurans secara Islam atau Takaful ditubuhkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif oleh BIMB untuk memperbadan, melaksana dan membangun Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd, pengendali Takaful pertama di Malaysia dari 1984 sehingga persaraan 2005.
Atas kejayaan operasi Takaful ini telah membantu beberapa negara khususnya negara Islam untuk menubuh dan melaksanakan operasi Takaful di negara-negara tersebut seperti Brunei (1995), Indonesia (1995), Singapura (1998), Sri Lanka (1989), Maldives (1998), Arab Saudi (1998), Pakistan (1999), Gambia (2006), Nigeria (2015).
B. Anugerah Khas Kategori Ilmuwan
Datuk Dr. Harlina Halizah binti Haji Siraj @ Haji Ramli (66 tahun) merupakan Pengasas dan Pengarah AKADEMI DR HAR, Pakar Perunding Pelawat O&G Hospital Pakar An Nur dan Pengerusi Lembaga Pengarah Medik Nur Rahmah Berhad (MNRB).
Beliau telah menulis pelbagai artikel dalam akhbar dan majalah serta menghasilkan buku-buku bertemakan pendidikan seksualiti, kesihatan reproduktif remaja, pembangunan sahsiah, pemerkasaan wanita dan pemantapan institusi kekeluargaan.
Selain aktif dalam kerja-kerja dakwah dan advokasi sosial melalui kepimpinan dalam NGO wanita dan belia, keperibadian luhur dan keikhlasannya dalam menyampaikan ilmu menjadikan beliau seorang tokoh yang dihormati.
C. Anugerah Khas Kategori Aktivis Mualaf
Ustaz Mohd Farhan bin Abdullah (57 tahun) merupakan Pengasas Program Dakwah Bergerak. Selepas memeluk Islam lebih 35 tahun yang lalu, beliau aktif membimbing saudara baharu dan asnaf melalui sesi ceramah, kuliah, khutbah dan program motivasi di masjid, surau serta institusi kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan.
Beliau juga pernah menyumbangkan usahanya sebagai Ketua Panel Penyemak Al-Quran Terjemahan Bahasa Dusun, Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Tahfiz Kebangsaan (PERMATA), Ahli Majlis Dakwah Negara (MDN) dan banyak lagi.
D. Anugerah Khas Kategori Pendakwah Kreatif
Ustazah Hajah Muzayyanah binti Abdullah (49 tahun) merupakan pendakwah bebas. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, beliau aktif menyebarkan ilmu agama melalui kuliah dalam talian setiap hari, yang berjaya menarik ribuan penonton dan sehingga kini menghimpun hampir 100,000 pengikut di media sosial.
Selain medium digital, kreativiti beliau terserlah dalam penganjuran majlis ilmu dan program infaq. Beliau kerap mengelolakan majlis ilmu di komuniti setempat dengan pendekatan yang mesra dan penuh tarikan, termasuk menggabungkan elemen seni dan kemasyarakatan.
Dakwah beliau tidak terhad di Malaysia sahaja; beliau pernah dijemput memberi ceramah agama hingga ke luar negara termasuk di Universiti Jordan, Singapura, Brunei dan Paris, membawa nama baik pendakwah Malaysia ke persada antarabangsa.
E. Anugerah Khas Kategori Usahawan Asnaf
Encik Rosman bin Ariffin (53 tahun) merupakan Pengusaha Faros F&B And Trading. Bermula sebagai penerima bantuan perniagaan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), usahawan ini telah berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga mencatat jualan melebihi 1 juta ringgit setahun.
Kejayaannya telah melayakkan beliau diangkat sebagai Ikon Asnaf Usahawan pada Anugerah Zakat Kebangsaan 2024, satu pengiktirafan yang mengiktiraf beliau sebagai model usahawan asnaf yang cemerlang.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#PelanAlFalah
#MaalHijrah1447H
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: