RETROSPEKTIF : SUKMA KE-3 'SARAWAK' (1990)
Автор: FINAS Malaysia
Загружено: 2024-09-06
Просмотров: 5323
#LensaFINAS
#RetroSpektifSinema
FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari ‘SUKMA KE-3 SARAWAK (1990)' terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang mengisahkan tentang peristiwa bersejarah Sukan Malaysia (SUKMA) ke-3 yang diadakan dari 18 hingga 27 Julai 1990 di negeri Sarawak. Acara tersebut memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan atlet yang bertanding dari seluruh Malaysia. SUKMA ke-3 dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang oleh keberangkatan tiba DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, dalam upacara pembukaan yang diadakan di Stadium Negeri Sarawak, Kuching. Kehadiran baginda menambah kehebatan suasana acara tersebut, yang disambut dengan sorakan meriah oleh penonton dan peserta. Penutupan SUKMA pula telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, yang memberi penghormatan kepada para atlet dan pasukan yang telah berusaha keras dalam temasya ini. SUKMA 1990 menjadi simbol kekuatan perpaduan dan semangat sukan di Malaysia. Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di YouTube FINAS Malaysia pada 6 September 2024 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di • RETROSPEKTIF : SUKMA KE-3 'SARAWAK' (1990)
Filem Kita, Citra Kita
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMADANI
#KementerianKomunikasi
#Sukma
#Sarawak
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: