HADIAH CABUTAN BERTUAH MEGA PTPK 2025
Автор: Tabung Kemahiran (PTPK)
Загружено: 2025-04-23
Просмотров: 115
SIARAN MEDIA : SAMBUTAN 25 TAHUN PTPK - CABUTAN BERTUAH MEGA 2025 TAWARKAN HADIAH KESELURUHAN RM212,000, TERMASUK SEBUAH KERETA ELEKTRIK SEBAGAI HADIAH UTAMA!
Sempena sambutan ulang tahun ke - 25 penubuhan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), PTPK telah meluncurkan Hadiah Cabutan Bertuah Mega 2025 bernilai keseluruhan RM212,000 semasa Hari Bertemu Pelanggan Madani PTPK bertempat di Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.
Senarai Hadiah Cabutan Bertuah Mega 2025:
1. Tempat Pertama : Sebuah Kereta Elektrik, BYD Dolphin – 1 pemenang bernilai RM110,000
2. Tempat Kedua : Dua buah Motorsikal Yamaha XMAX 250 – 2 pemenang bernilai RM30,000 setiap seorang
3. Tempat Ketiga : iPad Pro M4 11 inci – 5 pemenang bernilai RM5,000 setiap seorang
4. Saguhati : Barangan Elektrik / Elektronik – 17 pemenang bernilai RM1,000 setiap seorang
Syarat Penyertaan Cabutan Bertuah Mega 2025:
1. Terbuka kepada semua peminjam PTPK yang layak.
2. Membuat bayaran balik minimum ialah RM1,500 bagi setiap transaksi.
3. Peminjam tidak mempunyai tunggakan pinjaman sepanjang tempoh promosi (akaun tiada tunggakan).
4. Peminjam perlu membuat bayaran balik melalui saluran rasmi PTPK.
5. Tempoh penyertaan adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember 2025.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Cabutan Bertuah Mega 2025, orang ramai boleh melayari www.ptpk.gov.my atau menghubungi talian rasmi khidmat pelanggan PTPK (03-40516000)
#ptpkrakantvetanda
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: