PLKN 3.0: LAWATAN KERJA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS KESELAMATAN PARLIMEN KE REJIMEN 504 ASKAR WATANIAH
Автор: KHIDMAT NEGARA (OFFICIAL)
Загружено: 2025-10-18
Просмотров: 220
Perlis, 17 Oktober 2025 – Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen telah mengadakan lawatan kerja selama dua (2) hari, bermula pada 17 hingga 18 Oktober 2025, ke beberapa kem Askar Wataniah (AW) yang terlibat dalam projek naik taraf kem bagi pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Lokasi lawatan merangkumi Rejimen 504 AW, Kem Bukit Keteri, Perlis; Rejimen 513 AW, Sungai Petani, Kedah; dan Rejimen 509 AW, Pulau Pinang.
Lawatan ini diketuai oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang selaku Ketua Delegasi, dan turut disertai oleh YB Komander (B) Nordin bin Ahmad Ismail TLDM, Ahli Parlimen Lumut serta YB Dato’ Khlir bin Mohd Nor, Ahli Parlimen Ketereh.
Lawatan dimulakan dengan taklimat pembangunan projek naik taraf kem yang disampaikan oleh Brig Jen Ts. Ahmad Tarmidzi bin Yusuf daripada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan. Dalam sesi taklimat tersebut, delegasi telah diberikan penerangan menyeluruh mengenai kemajuan pelaksanaan projek, termasuk skop kerja serta garis masa pelaksanaan. Skop kerja merangkumi kerja-kerja awalan, perobohan struktur lama, naik taraf bangunan sedia ada, pembinaan bangunan baharu, pemasangan sistem mekanikal dan elektrikal, penyediaan infrastruktur serta lanskap, dan diakhiri dengan kerja-kerja akhir.
Selepas sesi taklimat, delegasi dibawa meninjau kawasan sekitar kem bagi melihat dengan lebih dekat kemajuan kerja-kerja fizikal yang sedang dijalankan di tapak projek.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBrs. Encik Ahmad Kham bin Abu Kassim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); YBrs. Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM, Pengarah Bahagian Operasi Latihan; serta Kapten Fatin Nur Zatasha binti Ahmad Zamili, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Prasarana dan Aset, selaku wakil daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
Projek naik taraf kem ini merupakan inisiatif penting bagi memastikan kem-kem Askar Wataniah berupaya menyokong pelaksanaan PLKN 3.0 dengan lebih berkesan, selaras dengan keperluan latihan semasa serta kemudahan infrastruktur yang moden dan selamat. Projek naik taraf kem ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun tahun 2026.
Sebarang Info mengenai #PLKN3.0 dan #KhidmatNegara serta maklumat yang terkini, tepat dan sahih 💯
© 2025 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)
#JLKN
#PLKN
#WIRAMUDANEGARA
#TVETNEGARA
#MindefMalaysia
#taatsetia
#ATM
#MADANIKesejahteraan
#MADANIBerbakti
#JatiDiriMalaysia
#NadiMalaysia
#NADIMCMC
#NADIOFFICIAL
#MCMC
#PMX
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: