Resepi Sup Cendawan Berkrim Simple - Cream of Mushroom Soup
Автор: Nasser's Kitchen
Загружено: 2020-06-19
Просмотров: 35333
Resepi Sup Cendawan Berkrim Simple in tidak menggunakan tepung untuk memekatkan sup tetapi cendawan akan dikisar dengan blender sehingga halus.
Rahsia resepi sup cendawan berkrim ini ialah memastikan cendawan masak betul-betul sehingga semua airnya keluar.
Sup Cendawan berkrim sesuai untuk dipadankan dengan roti bakar bawang putih atau garlic bread.
BAHAN-BAHAN
=============
200g cendawan tiram
200g cendawan butang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Minyak zaitun untuk menumis
80g mentega
1 kiub pati ayam
3 cawan (750ml) air
100ml whipping cream
1/2 sudu teh Italian herbs
2 sudu teh parsley
1 daun salam
Garam
Lada Hitam
VIDEO POPULAR DI CHANNEL
=========================
SOTONG GORENG KUNYIT (2020) • SOTONG GORENG KUNYIT 2023 - Lembut dan TAK...
Ikan Masak Singgang Serani ( Pindang Serani ) • Ikan Masak Singgang Serani ( Pindang Seran...
Resepi Aglio Olio Simple • Resepi Aglio Olio Simple
Briyani Kambing (2020) - Lamb Briyani • Briyani Kambing (2023) - Resepi Nasi Beria...
Makaroni Cheese Bakar (2020) • Makaroni Cheese Bakar (2023)
TEKS PENUH VIDEO
================
Selamat Datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Sup Cendawan Berkrim atau Cream of Mushroom soup. Resepi mushroom soup ini agak berbeza dari kebanyakan resepi yang sedia ada kerana tidak menggunakan tepung untuk memekatkan sup. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur!
Untuk 4 hidangan kita perlukan 200g cendawan butang, di hiris kasar
200g cendawan tiram, juga dipotong kasar
Nak gunakan cendawan lain pun boleh, asalkan jumlah berat cendawan 400g
Kita juga perlukan 1 biji bawang dan 3 ulas bawang putih, semua dicincang halus.
Mula-mula kita panaskan sedikit minyak zaitun untuk menumis.
Masukkan bawang dan goreng sehingga layu
Kemudian masukkan bawang putih
Goreng sehingga mula berwarna kuning, pastikan api tidak terlalu kuat supaya bahan tumisan tidak hangus.
Bila dah kuning kita masukkan cendawan butang
dan cendawan tiram
Mungkin nampak macam banyak tetapi cendawan akan mengecut setelah dimasak.
Rahsia untuk membuat sup cendawan yang baik ialah kita kena masak cendawan sehingga kering, ini akan mengambil sedikit masa tapi hasilnya akan berbaloi.
Setelah beberapa minit cendawan akan mula keluar air. Bila kita masak cendawan , kandungan air akan berkurangan dan rasa cendawan akan lebih kuat.
Bila air hampir nak kering, kita tambah 80g mentega
Mentega akan cair dan lemak mentega akan menggoreng cendawan, bawang dan bawang putih.
Air dari cendawan dah tak keluar lagi dan cendawan dah mula digoreng.
Langkah ini penting, kita kena pastikan cendawan betul-betul masak.
Cendawan akan semakin mengecut dan akan mula berubah warna, kepada kuning keemasan.
Sekarang kita tambah 1 cawan air dan kacau, jangan tak kacau.
Tambah lagi 2 cawan air.
Masukkan 1 kiub pati ayam.
Masukkan juga 1 daun salam tapi jangan lupa keluarkan sebelum di hidangkan.
Tambah 1/2 sudu kecil Italian Herbs, kecilkan api dan renihkan 30 minit.
Sekarang kita keluarkan 3/4 atau 75% cendawan untuk kita kisar dalam blender, sup ini akan dipekatkan dengan menggunakan cendawan yang kira kisar. Kita akan tinggalkan sedikit cendawan yang tidak dikisar.
Jangan lupa ambil sedikit air rebusan cendawan. Ketepikan untuk 10 minit supaya sejuk sedikit sebelum kita kisar.
Masukkan cendawan kedalam blender dan tutup rapat.
Kisar sehingga halus.
keluarkan daum salam.
Masukkan cendawan yang dikisar tadi. Kacau sehingga sebati.
Renihkan 5 minit lagi
Tambah 100ml whipping cream.
1 sudu kecil Lea & Perrin's sauce
Garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
dan akhir sekali 2 sudu teg daun parsley segar dicincing kasar.
Sekarang mushroom soup siap untuk dihidangkan. Kalau suka boleh padankan dengan roti bawang putih atau garlic bread.
Terima kasih kerana menonton video ini hingga ke penghujung. Jika belum subscribe atau follow, sila subscribe di YouTube dan follow di Facebook dan Instagram. Ada bermacam-macam video resepi menarik dichannel ini,
boleh cuba klik salah satu dari video disini. Selamat Mencuba!
SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: