Resepi Roti Pretzel Almond | ala-ala Auntie Anne | Lembut, Rangup
Автор: Seminit Resepi
Загружено: 2021-08-20
Просмотров: 20067
Resepi Roti Pretzel Almond | ala-ala Auntie Anne | Lembut, Rangup
Luar dia Rangup, dalam dia Gebu.. Makan panas-panas cicah dengan sos karamel memang tak beli dah lepas ni, kita buat sendiri je.
Kes Covid makin tinggi, takut nak keluar mall walaupun dah boleh.
Untuk dapatkan Bread Maker dari Russell Taylors boleh ke shopee :
https://invol.co/cl5nti4
-------------------------------------
Resepi Pretzel Almond
Bahan-bahan
260 gram air suam
6 gram yis kering
350 gram tepung roti
1 tbsp gula kastor
Sedikit garam
1 tbsp margarine
Bahan salutan
3 tbsp gula kastor
1/2 tsp serbuk kayu manis
Hirisan badam
Air 1 mangkuk suam + 1/2 tbsp soda bikarbonat
Cara-cara
Satukan semua bahan pretzel ke dalam bread maker, lalu gunakan menu 'knead' dan set selama 10 minit.
Setelah itu, perapkan 30 minit.
Apabila sudah kembang, uli doh menjadi bentuk pretzel. Sila rujuk video.
Celupkan pretzel ke dalam air, kemudian celup kembali ke dalam bahan salutan.
Bakar suhu 180c selama 15-20 minit. Apabila sudah masak, sapukan dengan butter.
Sedia dihidang bersama karamel sos.
Download aplikasi Seminit Resepi di handphone anda
Android http://bit.ly/AppSeminitResepi
iPhone/iOS http://bit.ly/iosSeminitResepi
Website : http://seminitresepi.com
#seminitresepi
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: