Ucapan Anwar Ibrahim ketika meluncurkan Seberang Perai Aspire Centre (SPACE)
Автор: Anwar Ibrahim
Загружено: 2026-01-25
Просмотров: 329
Saya seterusnya meluncurkan Seberang Perai Aspire Centre (SPACE), sebuah pusat inisiatif Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang dibangunkan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan, mempertingkat kawalan serta pemantauan keselamatan, di samping mempererat interaksi dan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dengan komuniti di Seberang Perai.
Penubuhan SPACE mencerminkan komitmen MBSP dalam mendukung ikhtiar Kerajaan MADANI untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan mesra rakyat, dengan memanfaatkan teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI), sejajar dengan tuntutan bandar pintar dan prinsip tadbir urus yang berteraskan kepercayaan, keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam ucapan, saya turut menyentuh prestasi semasa ekonomi negara apabila nilai ringgit kini mencatatkan kedudukan antara yang terbaik di Asia, satu petunjuk jelas bahawa keyakinan terhadap ekonomi Malaysia semakin pulih dan mengukuh.
Pencapaian ini bukan berlaku secara kebetulan sebaliknya hasil daripada dasar ekonomi yang lebih tersusun, tatakelola yang berdisiplin, kestabilan politik yang semakin kukuh serta keyakinan pelabur terhadap hala tuju Ekonomi MADANI.
Pengukuhan ringgit ini juga mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan MADANI dalam menjamin keamanan negara, memperkemas pentadbiran, serta bertindak tegas membanteras rasuah dan penyelewengan tanpa kompromi.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: