WAN SAIPUL GEMBIRA YIDDINLETAK JAWATAN! APA KATA KETUA PEMUDA!
Автор: ORAITNOPO Channel
Загружено: 2026-01-01
Просмотров: 725
Kemelut politik di Perlis melambangkan kegagalan Muhyiddin Yassin selaku pengerusi Perikatan Nasional (PN), kata bekas ketua penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, yang menyarankan PAS mengambil alih kepimpinan gabungan itu.
Wan Saiful berkata Muhyiddin mesti bertanggungjawab kerana beliau sepatutnya segera bertindak sebaik sahaja ‘gelora’ dikesan di Perlis.
“Kenapa tidak ada mesyuarat PN yang khusus membincangkan situasi Perlis yang telah kita maklumi berlanjutan sudah berbulan-bulan,” soalnya di Facebook.Wan Saiful berkata kegagalan Muhyiddin memberi impak besar ke atas PN, hingga ada pihak mencadangkan PAS meninggalkan gabungan itu dan menghidupkan semula Muafakat Nasional.
“Tetapi sehingga hari ini Muhyiddin belum panggil mesyuarat. Seolah-olah dia tak peduli pun apa yang berlaku,” dakwanya.Wan Saiful turut menarik perhatian kepada situasi sekitar pencalonan menteri besar baharu bagi Perlis.
“Kenapa Muhyiddin tidak panggil mesyuarat PN untuk menentukan calon menteri besar? Kenapa Bersatu hantar surat lain, PAS pula hantar surat lain?” katanya.
Wan Saiful mendakwa banyak pihak menyedari kelemahan Muhyiddin, sejak tahun lepas, dan PAS menulis surat kepada pengerusi PN itu bagi mencadangkan beberapa pembaikan yang signifikan, pada Dis 2024.
Dalam pada itu, beliau berpandangan cadangan supaya PAS meninggalkan PN adalah tidak betul.
“Langkah lebih baik ialah PAS mengambil alih kerusi pengerusi PN dan laksanakan pembaikan-pembaikan yang dicadangkan,” katanya.Wan Saiful juga menyeru komponen PN lain, seperti Gerakan, menerima PAS sebagai pengerusi PN dengan hati terbuka, mengambil maklum kebimbangan dalam kalangan parti bukan Melayu.
“Kita mesti ingat, PAS bukan parti budak-budak. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.
Muhyiddin cetuskan krisis, dakwa sumber
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, sumber dalam Bersatu mendakwa krisis dalam PN tercetus apabila Muhyiddin mencadangkan calon menteri besar kepada Raja Perlis tanpa berunding dengan majlis tertinggi PN atau biro politik Bersatu.
Sumber yang arif tentang perbincangan dalaman parti itu mendakwa lima Adun Bersatu yang menandatangani akuan berkanun menarik balik sokongan kepada bekas menteri besar, Shukri Ramli, berbuat demikian dengan restu kepimpinan tertinggi.
“PAS memegang lebih banyak kerusi di DUN tetapi tidak pernah dirunding. Keputusan ini hanya melebarkan jurang antara Bersatu dan PAS,” menurut sumber itu.
Sumber itu mengkritik langkah Bersatu sebagai ‘pendek akal’, dan berpotensi merosakkan perpaduan PN.
Pada Sabtu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata tiada arahan dikeluarkan kepada lima Adun di Perlis untuk menarik balik sokongan.
Menurutnya, Bersatu hanya menyembah maklum nama calon menteri besar daripada parti itu selepas menerima titah daripada Istana Perlis.
Bersatu dilaporkan menyerahkan nama Abu Bakar sebagai calon jawatan itu, bersama dua ADUN lain: Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Izizam Ibrahim (Titi Tinggi).
Abu Bakar mengangkat sumpah semalam sebagai menteri besar baharu, menggantikan Shukri yang meletak jawatan Khamis lalu atas alasan kesihatan.
Sumber Berita
1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...
2. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...
Join this channel to get access to perks:
/ @oraitnopochannel
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: