Nasi Goreng Pattaya
Автор: Che Nom
Загружено: 2021-07-29
Просмотров: 593422
Kali ni jom kita masak menu goreng2 di restoran atau gerai, iaitu Nasi Goreng Pattaya. Menu ni secara ringkasnya adalah nasi goreng yang dibalut dengan telur yang digoreng nipis atau telur dadar, dihidangkan bersama hirisan sayuran dan dihias dengan sos cili untuk nampak lebih menarik.
Dalam video ni nanti Che Nom akan masak nasi goreng yang ringkas tapi cukup sedap bila dimakan. Walaupun ringkas, tapi kalau kurang sedap nasi goreng kita..kurang sedaplah hidangan ni nanti. Lepas masak nasi goreng, kita beralih pada cara penyediaan telur dadar yang nipis dan tak mudah koyak bila dilipat untuk bungkus nasi goreng.
//Bahasa Melayu
-------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk nasi goreng:
3-4 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah kecil
1 sudu besar cili kisar
Isi ayam
½ batang lobak merah
7-8 udang
3 cawan nasi
½ sudu kecil lada sulah
1-2 sudu besar kicap cair
Sedikit kicap manis (jika suka)
1 biji telur
4 batang kacang panjang
Sedikit garam
Bahan-bahan untuk telur dadar:
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil air
2 biji telur
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan lain:
Timun
Tomato
4 tangkai cili padi
Sedikit kicap
//English
-------------------------------------
Ingredients for fried rice:
3-4 tablespoons cooking oil
2 cloves garlic
1 shallot
1 tablespoon chilli paste
Chicken breast
½ carrot
7-8 shrimp
3 cups rice
½ teaspoon white pepper
1-2 tablespoon light soy sauce
A bit of sweet sos sauce (if desired)
1 egg
4 long bean stalks
A little bit of salt
Ingredients for omelet:
1 teaspoon cornstarch
1 teaspoon water
2 eggs
A little bit white pepper
A little bit of salt
1 tablespoon cooking oil
Other ingredients:
Cucumbers
Tomato
Chilli sauce
4 bird's eye chilli
Soy Sauce
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#nasigorengpattaya #resepichenom
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: