BULETIN KQT - Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2020/2021
Автор: Kolej Al-Quran Terengganu
Загружено: 2020-07-05
Просмотров: 481
Seramai 65 orang pelajar baharu mula melaporkan diri ke Kolej al-Quran Terengganu pada 4 Julai 2020 untuk menjalani pengajian Semester 1 bagi tahun 2020/2021 . Sesi pendaftaran yang bertempat di Dewan Ibnu Mas'ud, KQT itu bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada 1 petang. Suasana pendaftaran berlangsung dalam keadaan yang terkawal selari dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. KQT yang menawarkan dua program pengajian, Diploma Tahfiz al-Quran & Qiraat serta Diploma Tahfiz & Bahasa al-Quran ini akan memastikan sistem pembelajaran patuh SOP dilaksanakan sepenuhnya memandangkan negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: