SUKARELAWAN MALAYSIA KESAL ADA PIHAK JANJI BANTUAN TRAK TAK KUNJUNG TIBA, MASIH RAMAI TERKANDAS
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2025-11-25
Просмотров: 9300
SUKARELAWAN MALAYSIA KESAL ADA PIHAK JANJI BANTUAN TRAK TAK KUNJUNG TIBA, MASIH RAMAI TERKANDAS
“Kami dah janji nak keluar pukul 9 pagi waktu Malaysia, tapi sampai sekarang masih terkandas.”
Itu luahan sukarelawan Malaysia, Mohd. Amir Faizal yang kini berada di Danok, Thailand selepas usaha pasukannya memasuki kawasan banjir di Hatyai terus gagal akibat keadaan air yang semakin meningkat sejak semalam.
Menurutnya, laluan utama di Danok dan Sadao sudah mula dinaiki air sehingga ke paras pinggang, menyebabkan lori, trak pikap dan bot sukar bergerak.
Mohd. Amir turut merayu mangsa banjir dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih terperangkap di Hatyai supaya memberi keutamaan kepada keselamatan diri.
Kata Mohd. Amir, pihak berkuasa Thailand telah menghantar beberapa lori untuk membawa rakyat Malaysia keluar, namun jalan di Sadao terputus sepenuhnya dan air terus meningkat.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: