TINGGAL AN4K2 TIGA JAM DI 'INDOOR PLAYGROUND', PASANGAN BERI ALASAN HANYA PERGI MAKAN
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2025-11-25
Просмотров: 8750
TINGGAL ANAK-ANAK TIGA JAM DI 'INDOOR PLAYGROUND', PASANGAN BERI ALASAN HANYA PERGI MAKAN
Kisah yang berlaku di sebuah taman permainan dalam pusat beli belah baru baru ini menjadi cermin kepada kelalaian yang tidak sepatutnya berlaku.
Video itu memaparkan pasangan dipercayai suami isteri yang mahu mengambil anak-anak mereka setelah meninggalkannya dengan begitu lama.
Menurut Thomas, dia berada di taman permainan itu kerana membawa anaknya sendiri untuk bermain.
Namun, apa yang menarik perhatiannya ialah seorang kanak kanak yang dibiarkan sendirian di kawasan permainan yang terletak di dalam pusat beli belah tersebut.
Oleh sebab rasa bimbang yang semakin bertambah, dia memilih untuk menunggu. Satu jam berlalu. Dua jam kemudian barulah kelibat ibu bapa kanak kanak itu muncul.
Ketika itulah Thomas tidak mampu berdiam lagi. Dengan nada yang sarat dengan marah bercampur kecewa, dia menegur mereka secara terus.
Bukan itu sahaja, Thomas berkata budak itu menangis kelaparan hingga membuatkannya sendiri terpaksa membeli makanan untuk diberikan kepada kanak kanak tersebut.
Namun tegurannya tidak diterima baik. Pasangan itu cuba mempertahankan diri dengan mengatakan bahawa mereka pergi makan sekejap sahaja.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: