RESEPI Sagu Gula Melaka Paling Mudah
Автор: Jom Masak
Загружено: 2022-03-04
Просмотров: 1251
Assalamualaikum selamat pagi semua kesayangan kak jm semoga sentiasa sihat selalu hendaknya aamiin🤲🤲🤲❤️❤️❤️
Hari ni kak jm nak tunjukkan cara cara untuk membuat sagu gula melaka @ sagu gula merah simple dan mudah sangat sangat tau... selamat mencuba❤️
SAGU GULA MELAKA
Bahan Bahannya :
2 cawan sagu
1 ikat daun pandan
1½ cawan gula merah @ bersamaan dengan 2½ keping gula melaka
1 tin susu cair
Pewarna
Air secukupnya
Cara caranya :
1. Masukkan air dan sagu kedalam kuali, masak sehingga jernih @ lutsinar. Selalu kacau untuk elakkan sagu melekat didasar kuali ya, tambah air jika perlu.
2. Dah nampak sagu bertukar lutsinar bolehlah dipindahkan ke dalam penapis kemudian alirkan dibawah air paip yang mengalir untuk mengurangkan kanjinya.Toskan airnya.
3. Bahagikan sagu tadi kepada 3 bahagian @ bekas.Masukkan pewarna yang disukai.
4. Didalam kuali lainnya pula masukkan air, gula merah dan daun pandan.Masak sehingga gula larut sepenuhnya.Kemudian tutup api dan rehatkan sebentar sebelum dihidang.
Selamat mencuba.Sedap dimakan sejuk sejuk apa lagi ketika cuaca panas🤤
Nota :
1. Susu cair boleh digantikan dengan santan yang diletakkan sedikit garam ye.
2. Jika sukakan air gula merah yang lebih pekat semasa memasak masukkan sedikit air tepung jagung okey😉
Link Video : • RESEPI Sagu Gula Melaka Paling Mudah
#SaguGulaMerah
#SaguGulaMelaka
#Sagu
#ResepiSaguGulaMelaka
#JomMasak
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: