Pengunduran dari Sg. Kerian, 17 Disember 1941 (part 6)
Автор: Malayan History TV
Загружено: 2024-02-28
Просмотров: 5364
#Kerianriverretreat1941 #MurrayLyon #ArchibaldParisMalaya #Percival1941
Pada episod ke-enam dan terakhir peristiwa "Pengunduran dari Sg. Kerian, 17 Disember 1941" , saya akan menerangkan secara terperinci berkenaan sejarah kepentingan kawasan Bukit Berapit bypass. Saya juga akan menceritakan serba sedikit berkenaan sejarah pembangunan akses laluan darat iaitu pengangkutan keretapi dan jalan raya yang dibina merentasi kawasan Bukit Berapit atau Gunung Bubu. Kawasan Bukit Berapit dahulu lebih dikenali sebagai Bubu bypass area atau Bukit Bubu pass dari kalangan pegawai kolonial Inggeris dan pegawai Tentera British yang ditempatkan di Malaya dari akhir kurun ke-19 sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Kawasan Bukit Berapit ini sangat penting sebagai "missing link" atau pintu laluan utama yang menghubungkan kawasan Perak utara dengan Perak tengah atau lebih besar lagi negeri-negeri Melayu di utara dan negeri-negeri Melayu di selatan dengan akses pengangkutan darat sejak awal kurun ke-19. Di dalam video kali ini, saya akan membawa anda menelusuri jalan Federal Route 1 di Bubu bypass area serta melihat kepentingan strategik kawasan ini sebagai sasaran penting dari sudut keselamatan dan pertahanan di Malaysia. Selain itu, saya juga akan membawa anda melewati Stesen keretapi lama Bukit Berapit yang terletak di kawasan Bubu bypass serta kepentingan sebuah lokasi yang saya labelkan sebagai A1 Area Target. Di akhir video ini saya juga akan membawa anda menelusuri laluan rel keretapi lama yang sudah ditinggalkan sejak 2013 untuk mencari Stesen keretapi lama Bukit Gantang serta menghargai kerja sukar buruh-buruh Tamil yang membina laluan jajaran rel di sini.
Di dalam episod ke-enam dan terakhir ini juga saya akan menyambung hujah dan kritikan tajam saya terhadap aspek kepimpinan Lt. Jen. Arthur E. Percival, General Officer Commanding (GOC) Malaya yang saya rumuskan sebagai punca utama kekalahan Tentera British di Malaya pada tahun 1941-42.
Fokus penceritaan kepentingan strategik kawasan Bubu bypass akan sentiasa dikaitkan dengan peristiwa pengunduran Tentera British dari Sg. Kerian di Nibong Tebal ke Kuala Kangsar, Perak dari 17 hingga 22 Disember 1941.
Episod ini ditujukan kepada rakan-rakan saya di dalam Tentera Darat Malaysia yang memerlukan material kajian peristiwa Battle of Malaya yang berlaku dari 8 Disember 1941 hingga 31 Januari 1942.
Rujukan yang saya gunakan adalah:
1. The War in Malaya by Lt. Gen. Arthur E. Percival, London Eyre & Spottiswoode, published in 1949;
2. The Defence and Fall of Singapore (1940 - 1942) by Prof. Brian P. Farrel, Monsoon Books Pte. Ltd., published in 2017;
3. The Japanese Thrust - Australia in the War of 1939 - 1945 by Sir Lionel Wigmore, Australian War Memorial, published in 1957;
4. Who Dies Fighting: a Personal Account of the War in Malaya & the Fall of Singapore, 1942, During the Second World War by Major Angus Rose, first published in 1944;
5. Japan's Greatest Victory, Britain's Worst Defeat by Masanobu Tsuji, Indiana University and was first published in 1952;
6. Singapore : Too Little, Too Late by Sir Ivan Simson : The Failure of Malaya's Defence in 1942, published by Leo Cooper in 1970 (Original from University of California);
7. The Fall of Singapore : The Battle for Malaya 1941 - 1942 by Justin Corfield, published by Talisman Publishing (2019); dan
8. Sun Tzu's Art of War by Khoo Kheng Hor (Editor) [Translated by Hwang-Chung Mei], published by Pelanduk Publication (2019).
Lokasi video part 6 ini adalah di kawasan Bukit Gantang, Bukit Berapit @ Bubu bypass dan Kuala Kangsar di Negeri Perak.
Music credits:
1. Rynos theme by Kevin MacCleod (incompetech.com);
2. Black vortex by Kevin MacCleod (incompetech.com);
3. Prelude and action by Kevin MacCleod (incompetech.com);
4. Volatile Reaction by Kevin MacCleod (incompetech.com);
5. Hitman by Kevin MacCleod (incompetech.com);
6. Machinations by Kevin MacCleod (incompetech.com);
7. Chase by Kevin MacCleod (incompetech.com);
8. Ride of the Valkyries by Richard Wagner (Classical music);
9. Zapin Pak Ngah Balik dari Orkes Melayu Rojer (YouTube channel : Rojer Kajol);
10. Inspiring ambient Piano by Mokka Music (Power of Moments);
11. 80's Synthwave by Mokka Music (Synthetic Pleasures); dan
12. The Roaring Twenties, Dimaa [Electro Swing] by Smooth Sounds.
Music from #InAudio: https://inaudio.org/
Track Name: Inspiring ambient, synthetic pleasures
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: