Ust. Mohd Fauzi Md ThahirKitab : Faraid / Qaul At Tam Tajuk : Kajian Kes / Qaul At Tam m/s 47
Автор: Masjid Taman Peruda
Загружено: 2025-11-24
Просмотров: 6
23 Nov 2025 / 03 Jam.Akhir 1447H Kuliyah Maghrib Bersama Ust. Mohd Fauzi Md Thahir
Kitab : Faraid / Qaul At Tam
Tajuk : Kajian Kes / Qaul At Tam m/s 47
Kitab Qaul At Tam m/s 47
Terjemahan jawi ke rumi
..........
47/48
51. Imam dan makmum lupa sujud sahwi.
Lupa sujud sahwi dan makmum pun lupa juga, memberi salam ia sertanya kemudian teringat imam bahawa ia terlupa sujud dan iapun sujud maka hendaklah makmum turut sujud bersama imamnya berdasarkan imam itu kembali masuk semula kepada sembahyang, Dan berkata Imam ar-Rafi‘i lagi: Dan jika makmum itu mengikut memberi salam dan kemudian teringat bagi sujud itu,kemudian imam kembali sujud sahwi maka makmum jangan mengikut kerana salamannya
(makmum) dengan sengaja itu mengandungi putus...ikutan dengan imam dan ini jelaslah bahawa kekal ..(tidak putus ikutan imam) itu selepasselanya dengan lupa untuk sujud sahwi itu lagi dengan meninggalkan sunat sunat ab'adh didlm sembahyang.
52 Takbiratul ihram yang pertama masuk dalam sembahyang, dan yang kedua keluar daripadanya, dan yang ketiga masuk semula.
Jika bertakbir imam sebagai takbiratul ihram kemudian bertakbir lagi sebagai takbiratul ihram juga maka batal sembahyang dan tidak harus(tidak boleh) makmum mengikutnya pada sembahyang itu dan jika ia mengikut juga padanya nescaya batallah senbahyang kedua-duanya dan jika makmum Dan jika ia sengaja maka batal sembahyang keduanya, dan jika makmum bertakbiratul ihram di belakang imam ketika ia bertakbir ihram yang pertama kemudian bertakbir ia pula kali yang kedua dengan qasad takbiratul ihram nescaya terputuslah... ikutanya dengan imam itu kerana orang yang
.........
49
Sembahyang itu apabila ia mendatangkan dengan takbiratul ihram bererti masuklah ia didalam sembahyang dan apabila ia bertakbir kali yang kedua bererti ia mengeluarkan dirinya dengan daripada sembahyang,dan apabila bertakbir ia kali yang ketiga bererti ia masuk ke dalam sembahyang pula, dan apabila bertakbir ia kali yang keempat keluar ia lagi daripada sembahyang
Dan beginilah kalau ia bertakbir kemudian bertakbir kemudian bertakbir.Dan bermula Dhabit (kaedah/pegangan): Bahawa masuk ia dengan kasal (berat/lambat), dan keluar ia dengan kanftan (ringan/mudah). Demikianlah berkata Al-Ashab (golongan ulama Syafi’i), dan dijelaskan lagi oleh Al-Syeikh Abu Muhammad: Bahawa Takbiratul Ihram itu mengubah ia akan seseorang daripada keadaan yang ada ia padanya kepada keadaan yang lain dan sepertimana juga mengubahkanya daripada keadaan halal kepada keadaan haram dan sebaliknya.
Dan bentuk masalah batal mengulangi takbir itu jika sekiranya seseorang itu bertakbir yang kedua sebelum niat keluar daripada sembahyang selepas takbir yang pertama tetapi jika berniat ia menolak niat yang pertama ( iaitu pada takbir yang pertama) dan memutuskan sembahyan kemudian bertakbir ihram ia yang kedua nescaya sahlah sembahyang tetapi berdosalah ia kerana keluat nya daripada sembahyang yang pertama dan jika aembahyang seseorang dibelakang imam maka bertakbir ia kemudian bertakbir ia kali yang kedua, maka adakah harus berimam denganya jika ditanggung ia telah memutuskan niat dan berniat ia keluar daripada...
..........
50
sembahyangnya yang pertama? Atau tidak harus berimam dengannya? Kerana asalnya tidak memutuskan niat itu maka ia tidak layak jadi ia imam kerana ia bukan didalam sembahyang, dan juga makmum ada bwrasa ragu- ragu (syak) didlm hatinya , adakah imam itu dalam keadaan sembahyang atau tidak? Dan barangsiapa ada keraguan pada keahlian imam yang ia akan mengikutinya, maka tidaklah sah mengikutinya sepertimana ragu-ragu (syak) ia pada keadaan imam itu lelaki atau perempuan.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: