Bengoh Dam Sebagai Pusat Pelancongan : Usaha Kerajaan dan Penduduk Sekeliling
Автор: Archive 014
Загружено: 2023-07-16
Просмотров: 20
Ikuti pengembaraan pelajar-pelajar daripada kursus Apresiasi Seni Warisan meneroka Empangan Bengoh ataupun Bengoh Dan Sarawak yang merupakan antara tempat pelancongan menarik di negeri Sarawak dan merungkai warisan-warisan yang terdapat di sana.
Kumpulan ini akan membincangankan tentang : Usaha Pihak Kerajaan dan Penduduk Sekeliling
Jadi ikuti pengembaraan mereka.
Ahli Kumpulan:
Nurasma Aneesa Zulkifli
Khairul Amin Awang Saad
Nor Azumi Wahi
Adam Firdaus Roslan
Nur Hazwani Abdullah
Sebagai salah seorang pelajar UNIMAS yang berasal dari Pulau Pinang iaitu negeri di semenanjung Malaysia, saya telah memperoleh sebuah pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Bengoh Dam dan Kampung Sting sememangnya destinasi yang akan meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi kawasan itu. Pemandangannya, harta alamnya serta penduduknya yang sangat ramah pasti mencuri sedikit ruang di hati pengunjung, begitu juga dengan saya. Pengalaman ini adalah pengalaman yang amat berharga bagi saya kerana dapat bersama rakan-rakan bermalam selama satu malam juga di Kampung Sting. Tugas-tugas yang wajib dilaksanakan juga dapat dijalankan dengan sangat lancar dek kerjasama 100% yang diberikan kesemua ahli kumpulan. Saya sangat bersyukur dengan semangat yang diberikan oleh mereka semua. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa takjubnya diri saya melihat keajaiban demi keajaiban yang terpampang di depan mata ini walaupun penat tetapi sangat berbaloi. Usaha-usaha yang digiatkan oleh penduduk di situ bagi memelihara dan memulihara kawasan ‘ajaib’ itu juga sepatutnya dihargai dan diambil perhatian yang lebih oleh pihak kerajaan. Tempat ini adalah tempat yang bakal memberikan ruang kepada sesiapa sahaja yang ingin lari daripada kesibukan duniawi dan menikmati keindahan alam.
Muhammad Khairul Amin bin Awang Saad
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: