CARA BUAT KELUPIS MUDAH
Автор: Rosa
Загружено: 2021-06-01
Просмотров: 23970
Resipi Kelupis mudah
*Kelupis merupakan salah satu hidangan yang paling popular semasa hari raya, majlis perkahwinanan dan kenduri-kendara di Sabah dan Brunei. Jom kita lihat bahan-bahannya
*Bahan
500ml santan
500ml air
500gm beras pulut
daun ngirik (daun khas untuk kelupis)
daun pandan
sedikit garam
*cara penyediaan
1. Cuci beras pulut dan daun ngirik
2. Masak santan, air, sedikit garam dan daun pandan dengan api sederhana sehingga pecah minyak
3. Masukkan beras pulut yang sudah dicuci dan kacau sehingga air dan santan kering
4. Bungkus nasi pulut dengan daun ngirik
5. Kelupis yang sudah dibungkus boleh dikukus atau disimpan di dalam freezer
*Extra tips
1. Kukus kelupis selama 1- 2 jam untuk rasa lebih sedap
2. Guna santan kelapa original
3. Boleh letakkan inti serunding daging/ayam, sambal udang dll semasa membungkus kelupis
4. 1/2kg @ 500gm beras boleh dapat dalam 20-25 biji kelupis bergantung pada saiz yang diinginkan
5. Idea buat rakan-rakan yang ingin memulakan perniagaan makanan frozen
6. Sesuai dimakan dengan kuah kacang, rendang ayam/daging, serunding dll
***selamat mencuba***
#kelupispulut
#kelupissabah
#kelupis
Created by InShot:https://inshotapp.com/share/youtube.html
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: