Cara Buat Biskut Makmur- Gebu | Ayaq Tangan Ustazah
Автор: TF Channel
Загружено: 2020-05-19
Просмотров: 101550
Resepi Biskut Makmur Gebu
Bahan-bahan
**************
125gm Marjerin
125gm Minyak Sapi
3 1/2 cawan Tepung Gandum ( ayak )
Inti
***
1/2 cawan kacang kisar
1 1/2 sb gula kisar
4 sb minyak jagung ( secukupnya)
Hiasan
********
Gula kisar secukupnya
Cara- cara
***********
1) Gaulkan marjerin dan minyak sapi
2) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan..boleh tambah tepung 1-2 sudu jika doh masih lembut
( Hanya 3 bahan ini sahaja untuk doh )
Formula : marjerin dan minyak sapi kuantiti yang sama- tepung gandum secukupnya sehingga menjadi doh.
3) sediakan bahan inti
Satukan kacang , gula dan minyak.. gaulkan..
Tips- Tidak menggunakan susu pekat kerana akan menyebabkan inti menjadi keras slps dibakar dan di nikmati sebaliknya digantikan dengan minyak.
4) Bentukkan kuih dan letak inti di tengah dan bentukkan bulat memanjang - ikut bentuk yang disukai
5) Bakar di dalam oven 170c selama 17 - 20 minit mengikut oven masing- masing
6) Sejukkan dalam tempoh 5 minit
7) Sediakan hiasan Gula pasir yang telah di kisar halus..
Golekkan kuih ke dalam gula dan simpan di dalam bekas
Tips: Gula pasir yang di kisar halus lebih sedap berbanding gula ising..
Tabur gula tambahan di setiap lapisan kuih di dalam balang kerana kuih akan menyerap gula semasa kuih dalam simpanan.dan membuat kuih lagi cantik
Jangan risau akan rasa manis kerana proses menguli doh tidak menggunakan gula.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: